Monday 27 February 2012

WADI HADRAMAWT


Assalamualaikum ♥ ❤

Hari  ini kita nak share dengan korang tempat makanan arab yang sedap dan harga berpatutan. 
Sesiapa yang terlalu Jalan Ampang, mungkin anda boleh cuba ke Restoran ini... Restoran ini terletak di antara kedai jualan kereta2 mewah. Sambil2 makan usha-usha jap kereta idaman sambil berangan-angan tinggi. Aduiii tinggi sangat kot berangan tu hah....malu nak share apa yang diangan-angankan tu... biarlah rahsia... huu

**cantikkan restoran ini...Ini baru view kat depan belum masuk dalam lagi tau...Jom kita share kat korang:

Decoration yang paling kiter suke... cantikkan... 
Actually the restaurant was decorated with Arabic furnishing and pictures of various cities in Wadi Hadramawt. Apa yang best lagi di sini, pastinya suasana Yemen tu lah, tak perlulah rasenya kite nak menempik banyak sangat picture kat sinikan.. karang korang jemu lak.. huhuhu.. so korang korang and korang try lah k... 

 Order Please!!!! dekat restaurants ini, melangkah masuk jek korang akan dijemput oleh Waiter & waitress nya pun ada daripada Arab. Muzik latar Arab tapi takde belly dancing.. ok la 2 kan... Seingat kite first time datang dulu waiter yang amikkan order tak reti speak malay tau "berterabur i speak english" almaklumlah English ada kureeeng sikit..heeee... But kali ni waiter malay.. so bolehlah cakap melayu.... Tapi korang jangan risau  kebayakkannya pandai bertutur dalam bahasa Melayu.. Jaga2 ye.. cakap belakang pandang2.. 
  
Jom kita share menu yang di order, mampu atau tak je nak habiskan. 

Menu air::::
hujung dari kiri > Cocktail = RM8.00,Ice Lemon Tea = RM4.00 Barbican = RM5.00.. 
so far semua air 2 best, cuma cocktail agak manis bagi kite sebab pekat sangat.. 

Lamb mandy = RM 23.00
sesapa yang mengidam nak makan kambing bolehlah order ini...
yup, memang Arab ni tak reti langsung makan sayur. Nasi ala-ala briyani nih memang sedap... 

 Lamb Kabsa = RM15.00
Nilah dia Lamb Kabsa…. ni makanan paling popular kat timur tengah especially di Arab Saudi…
 Nampak cam kering je kan tapiiiiiii…. Bila makan!!! Fuh!!! sedapppp sangattttt….. Terbaekkklah!!! bila gigit daging lamb tu lembut je… nasi dia soft je… kena makan dengan sos dia baru kick!!! 

 
Lamb Kebab = RM18.00
Sedap bersama roti itu.. Macam tak percaya kami mampu makan lagi selepas makan nasi di atas itu. nafsu kuat makan agaknya... apa nak jadi perut gajah ni.. heeee...
_Alhamdulillah rezeki, syukur_

Kepada sesiapa yang nak ubah selera, boleh lah rasa makanan Arab di Wadi Hadramawt.
Address: No 226 Jalan Ampang. Between Sucasa Hotel & Petronas (agak tersorok dengan jualan kereta mewah di hadapannya)

P/S::: Pesan kite kepada sesiapa nak makan nasi Arab kat sini, elok satu pinggan tue dikongsi dua orang.

_Selamat Mencuba_

No comments: